Thursday, April 15, 2010

Mengubat rindu...mendamaikan kalbu

Bismillahirrahmanirahim

Ya Allah,

Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku

kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku ketika kecil

Peliharalah hati mereka untuk sentiasa beriman kepada-MU

Sesungguhnya aku terlalu terhutang budi kepada meraka


Ya Allah,

Terlalu banyak budi mereka yg telah ku balas dengan menyakiti hati mereka

Terlalu banyak pengorbanan mereka yg aku balas dengan penentangan

Dan segala didikan dan asuhan mereka yg aku ambil ringan

Aku lupa,

Bahawa dengan berkat didikan dan asuhan mereka

dengan berkat pengorbanan mereka

maka aku berada dimana aku berada kini


Ya Allah,

Segala keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku

Segala kesakitan sanggup dilalui ketika melahirkan aku

tidur malam mereka aku ganggu

titik peluh basah kering mereka membesarkan aku

Tidak pernah mereka mengadu letih

tidak sekali mengadu sakit

Lauk di mulut sanggup diluah utk diberikan kepadaku

Harta yg dikumpul sanggup digadai demi pelajaranku

Namun aku lupa semuanya

Kerna tidak pernah ku dengar rungutan

Tidak sekali mereka mengadu kepadaku


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Di saat ini aku terkenangkan segalanya

di saat ini juga aku memohon kepadamu

Rahmatilah mereka Ya Allah

Ampunkan lah mereka, Ya Allah


Jika ketika ini Kau sedang menyiksa mereka di alam barzakh

Aku mohon kepadamu hentikanlah siksaan-Mu Ya Allah

Aku tahu mereka terlalu lemah

dan tidak mungkin dapat menahan siksaan Mu yg pedih

Perkenankan lah doaku ini

dan ambillah doa ini sebagai doa anak yg soleh

antara harta yg Kau akan wariskan kepada kedua ibu dan bapaku

yg engkau telah janjikan akan diperkenankan oleh-Mu


Maha suci engkau Ya Allah, Tuhan sekalian alam..

Amin Ya Rabbal Alamin

Friday, April 09, 2010

Senyumlah Kasih

Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi yg tlh pergi meninggalkan kita pd 2 Aril 2010 yg lalu, cuma lg beberapa hari sblm Arwah smpat naik ke Arena ABP kerna tercalon sbg Penyampai Radio Paling Popular bersama Pak Nil. 

Sebenarnya, Arwah byk menyentuh kehidupan org lain dgn tawa ceria secara sedar atau tidak. Teringat ttg apa yg dceritakan oleh Pak Nil kpd media, Arwah selalu menyakat & bergurau dgn sesiapa jua, hinggakan kdg2 semasa Pak Nil ada masalah & tkda mood nk brguraupun Arwah tetap akan cuba buat Pak Nil ketawa. Pak Nil jd geram & kata pd Arwah kenapa Arwah selalu sgt bergurau & tertawa, Arwah kata 
"Masalah tkkan selesai dgn bersedih & menangis"  :(

Itu kisah mereka....sekurang2nya kehadiran mereka berbekas & terasa dhati ramai org. Kagum dgn semangat mereka menghiburkan & menceriakan hidup org lain, Lihat pada diri kita, apakah mampu kita mengundang senyum tawa & memberikan secebis bahagia pd insan2 yg ada disekeliling kita? 

Wallahualam...

Tapi.....

mengapa sejak akhir2 ini air mata seakan jd teman yg paling akrab?




Mima, 5 April 10, 1.36am       

Thursday, April 01, 2010

Cinta itu ketawa & airmata ( atau airmata saja????)

Banyak betul benda yg jadik seminggu dua ni, semuanya tahap menguji kesabaran peringkat ke-7. Mengapakah? Maybe dh sampai fasa "dugaan bertunang", so called by many. Yalah...kan tinggal lg 2 bulan lg sblm bernikah, masa makin suntuk, tapi instead of enjoying every moments happily, perasaan masing2 mcm makin tegang pulak. 

Haih....normalkah semua ni?

Few times last week then almost everyday this week asyik ada ja salah silap yg jadik bahan marah, pastu sah2 org yg kena marah tu menangis (teka la sapa). Letih kan segala jenis benda including yg remeh temeh pun leh trigger small sparks jadik amarah yg boleh mengakibatkan lecur tahap 5. (dlm kes ni yg melecur cumalah hati & perasaan sendiri saja).

Baiklah, ini memang nasib hidup anak perempuan merantau jauh, hidup terbiar sorang2 kat negeri org, jauh dari bahu mak tempat bersandar time mau mengalirkan air mata dgn deras. Sedar la diri hidup menumpang kasih kat tempat org, jgn nak merengek sakit atau mengadu lapar or susah. Tak siapa peduli, malah sah2 masyarakat sekeliling malas nk melayan.

 (Haih, jauh menyimpang ka dari topik asal? )

Itulah, kecik2 dulu sibuk2 nak besar cpt, sbb malas nk pi sekolah. Dah besar mcm ni, sibuk2 nk kecik blk, supaya tk pyh pi ofis pulak ( HA HA mcm la boleh ) sekarang pulak baru terpikir kebenaran kata2 org,  bila kita dh hilang sesuatu barulah kita terasa berapa berharganya sesuatu itu kan. Barulah terasa nk menghargai. Dulu waktu mak ada dpn mata, beria2 nak belajar pastu keja jauh2, konon nak hidup berdikari, tamo menyusahkan mak lg, hah berdikarilah sgt! Kalau sikit2 masalah airmata pun mencurah2 rindukan mak! Kalau time kena marah dek tunang tiba2 tiket flight harga RM600 pun nampak murah semata2 nak buat aksi mintak pujuk sambil nangis2 kat pangkuan mak? Sekarang dah keja sendiri, jauh2 pulak tu di negeri asing, semua terasa tak hebat. 

Justeru adik2 yg masih sekolah, bwk2 bertenang. 

Yg masih kecik, bwk2 enjoy. 

Yg masih duduk kat bawah ketiak mak, bwk2 bersyukur. 

Yg masih single, bwk2 la bersabar.

Hidup dalam alam dewasa tak semestinya COOL mcm yg tertera kat drama TV atau filem. Itu kalo nengok cerita mengarut. Real life is tougher than what we've seen. Cuba try nengok kisah2 filem menyayat hati. Mau sedia tisu pun abis duit ja, baiklah sedia towel siap2.
Amik contoh diri sendirila skrg ni, kejap2 tensen psl keja + tetiba rindu kat mak tmpat bermanja + harapkan enchek tunang pujuk2 tp kena marah = MOOD SWING la jawabnya. Kalau nk rasa penangan tekanan perasaan ni silalah buat buat perangai tak bertimbang rasa pd perantau yg terbiar ni, konpom dpt sumpah seranah dlm hati. InsyaALLAH.
Apahal panjang merepek pulak chapter memboringkan ni, nasibla sapa yg baca +_+ Apapun, bersyukurlah pd apa yg kita ada. Masa yg dh lalu, tkkn dpt kita tebus semula. Jadi peringatan utk diri sendiri, belajarla menyayangi airmata. Kasih sayang & rasa percaya yg ada memang memerlukan kekuatan & kesabaran utk dijaga. 

Sayang kamu Enchek Arie, tunang yg terchenta. (nangis)

Rindu mak ( sambil menangis ntah kali yg ke brp)

Entah dimanalah boleh dicari org "dewasa" yg selalu menangis mcm budak kecik yg kehilangan ibu di pasaraya. 
(Eh, mengata diri sendiri nmpaknya.. =_=; )

*Oh ya, minggu lepas masa pegi Mydin USJ, ternampak pasangan yg dh lanjut usia, dlm lingkungan umur 60thn++ sdg berjalan beriringan sambil berpegangan tgn menuju ke tmpt parking. Betapa sinar bahagia terpancar jelas pd riak muka pasangan ini. Ceria, riang tertawa sambil si suami menghayun2 tgn si isteri. Spontan berpandangan dgn Enchek Tunang, dlm hati berkata " Semoga ALLAH SWT menganugerahkan kita kasih sayang & rezeki dlm bentuk bahagia sebegitu smpai masa kita kembali pada-NYA"

Amin Ya Rabbal Alamiin.