Thursday, January 28, 2010

Jodoh yg drpd ALLAH SWT

Meminjam dialog Atuk Syuhadah dlm filem Syurga Cinta : (bunyi seruling mendayu2 sbg background music..)

"Jodoh terbahagi kepada 3...
1- Jodoh yang datangnya daripada Syaitan, iaitu kamu jumpa Syuhadah, kalian berpegangan tangan dan kemudian melakukan maksiat. Syuhadah mengandung, barulah kamu bernikah.
2- Jodoh yang datang daripada Jin. Kamu sukakan Syuhadah, Syuhadah tak sukakan kamu. Kamu bomohkan Syuhadah sampailah dia jatuh hati pada kamu, kemudian kamu bernikah.
3 - Jodoh yang datang daripada Allah. Kamu pandang tepat ke matanya, lalu menusuk terus ke kalbu. Kamu pinang dia dan bernikah. Itulah yang dipanggil SYURGA CINTA..."

Masa menonton filem ni dulu..saya sempat berangan utk berada d tempat Syuhadah... sudah tentu ada sebabnya ( yg cuma enchek arie & saya mengetahui )... betapa pada masa itu cuma Allah SWT tmpt saya mengadu & berharap.... tp segalanya tlh dpt saya lalui dgn tabah.. dan Allah tlh membayar harga kesabaran saya itu dgn sebesar2 hadiah iaitu ENCHEK ARIE saya - Alhamdulillah.

 Dan kerna itu juga... saya berazam untuk brada pd peringkat isteri yg terbaik padanya nanti.
(Terima kasih ya pd tuan tanah blog yg sudi bg org lain copy & paste info berguna ini)



1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa. (Sila maklum saya ini biasa2 saja)


2. Isteri Muqarrobin ( Mungkin cuma tahap ini yg tercapai huhu)

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.

Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak.

Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, 
menjadikan kita saling mencintai karena Dia;

sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:


"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
 



Wednesday, January 27, 2010

Obligations comes real.. fuh!


Enchek blog tersayang ... I'm a bit worried here & there....


Ada sgt byk perkara dlm otak ni skrg...been thinking dat our Big day gonna be in no time soon (--_--) Enchek marilah berdoa bersama saya tiap hari supaya Allah SWT memudahkan urusan kita & memberkati tiap butir perancangan kita. Saya tahu kita mungkin tidak akan dpt mengadakan majlis yg se-grand saudari2 chantek manis yg blog mereka saya baca almost everyday...dan kerna itulah jua saya pun mengigihkan diri utk membuat few things secara DIY (plan semua ada dlm kepala saja, sbb agak kurang bijak utk menyalurkan idea into writing, maybe bcoz I realize dat my writing is not sumting dat I can be proud of..ahaks )....tp saya amat bersyukur enchek..kerna ini memberi saya lebih peluang utk appreciate & cherish our every moment from past, present & hopefully in future.. InsyaALLAH..

A lot of entri is still waiting 4 their turn to be publish...ahahaha pity them... *sigh

Sunday, January 24, 2010

Colours again..

Alahai..nampaknya kisah warna baju yg dicita2kan blum smpi kepenghujung.. jd, sempena cuti ujung minggu yg indah ini, enchek arie tlh memberikan arahan utk saya kuar berjalan2 disekitar kwsn kejiranan ini.. yg mana trdpt byk shopping mall yg memikat hati...yeehaa (tp, saya amat MALAS sbnrnya utk kuar brsiaran sorg diri hehe)

Destinasi pertama semestinya MPH Bookstore Subang Parade ( saya adalah tergolong dlm category ulat buku hantu buku yg kronik ) stlh berjaya membuat lintas langsung yg terperinci dsegenap ceruk kedai buku peberet saya ini...barulah menuju ke kedai yg ada sangkut paut dlm misi mencari kain baju utk our big day nnti, iaitu Nagoya - Carrefour Subang ( sedikit fakta buat yg tdk familiar dgn kwsn kejiranan ini, dua tmpt yg dsbutkan adalah bersebelahan...jd amat sesuwai utk eksesais ya...marilah ber-tingkap window shopping smbil brsenaman! )

Baju tema ahli keluarga selalunya memainkan peranan yg agak pnting jgak la bg sesetengah b2b kan? saya pun teringin jgak utk melihat seluruh ahli keluarga kami berpakaian boria sedondon...wah! tentu gambar2 kawen nti akan kelihatan WOW kan heheh (angan2) lalu saya pun mendail la no. hp my beloved mom ;

self : (kring2) Assalamualaikum mak! Bgs tk kalo kita ada baju tema nnti? mak suka kaler apa?
mom: W'kumsalam...emmm oke jgak...apa2 kaler yg kamu suka laa...mak ikut saja...
self: wokey! then org beli kain secukupnya utk seisi family ya...nnti mak suh laa suma org antar pi tailorsendiri.
mom: okey!

Lalu aturcara bermain mencari harta karun warna kain yg memikat mata & hati dmulakan. Oh, saya suka kaler combination yg sebegini :




OR




sila fokus kpd latar pic ya, bkn adegan panas kt dpn heheh








ataupun yg ini?



All photos credit to Project Wedding


Oke...cukup...cukup... sgt obvious bhw penulis enchek blog ini adalah seorg pompuan yg masih tdk dpt menetapkan pilihan warna warni dunia perkahwinannya nnti..sbb dlm hati dia kesemua warna di atas adalah amat gojes hehehe

Abis, kisah yg kt kedai kain td tu lum smpi ke akhir siaran kan? Bertenang... dan sila lah tunggu episod seterusnya muahahaha!

Kursus kawen..yeay!

Dear diary (dear enchek blog sebenarnya...),



Saya tlh kembali lg utk mengisikan enchek blog dgn sedikit informasi terkini..wahahaha jgn mudah terpedaya enchek blog... sebenarnya bkn terkini sgt pun muahaha....last week xdpt mau bertemujanji dgn enchek blog selama lebih dr 5 hari...huwaaa bkn...bkn sbb xmengambil peduli enchek blog ya...tp xda line maxis laa di kg saya itu huhu sgt sedey suda.

Ahah! jgn membuat spekulasi bhw kg saya trletak nun jauh di dlm utan belantara... jauh dr tempat kewujudan manusia & makhluk2 normal yg sewaktu dgnnya... (tp mmg dlm hutan la )  oh..merepek hapa ini... dh cukupla bgtau last week blk kg bercuti riang ria stlh berjaya membeli tiket murah ihsan Pakcik Tony Asia, tengkiu oke! Lain kali buatla promosi tambang murah lg ya! saya pasti menyumbangkan sedikit keuntungan jualan pakcik! (sejak bila kami ada kena mengena smpi leh panggil pakcik ni? konpius)

Berbalik kpd tajuk asal...ehem2.. ya .. kursus kawen! stlh sedaya upaya meng-request kpd enchek Arie supaya mengambil cuti pd sabtu & ahad... akhirnya enchek Arie tlh berjaya men-availablekan dirinya pd 30 & 31hb Jan ini..yeay!  Maka bermulalah misi utk mendaftarkan diri .. utk itu kami pun plan nak pegi mendaftar sok pagi ( sok? pg ni laa.. skrg ni dh pukul 2.30am!) haish harus pantas nih... sok pg kena pi bersarapan bersama enchek Arie & Puan Jubs dan suami di Old Town Mentari pd pkl 10.00am, jd slps sesi bfast itu bolelah kami menuju ke arah Bangsar kan... dgn syarat RM utk mendaftar itu suda siap sedia berada didlm poket.

Enchek Arie kata..adakah kaunter pendaftaran bukak pd hari Ahad? saya pun dgn penuh konfidennya menjwb " Laa..kan kursus tu 2 hari...sbtu ngan ahad... sah2 ada org kt sana pd hari ahad kan? " ahaha tdk, sekadar menjwb tanpa bukti2 sampingan yg menyokong pernyataan...sgtla enchek arie kurang percaya.. maka saya pun menunjukkan ini utk meraih undi enchek Arie :

Registration counter is open on Sunday - 12 noon to 7pm. Monday, Tuesday, Thursday and Saturday - 10am to 6pm. Wednesday and Friday - 10am to 8pm. Please bring along pen/pencil for a practical exercise on filling the form. Do contact us for more information. Thank You.


Ya, ini dr sumber yg sahih oke! Saya tlh membuat survey kemana nk pergi utk kursus kawen ni.. memula tu ingat bk pegi Putrajaya ...tp enchek Arie tlh membangkang kerana nawaitu saya yg agak menyimpang yakni bkn setakat kursus...pas kursus leh pi jenjalan di Dataran Putrajaya ...or to Alamanda hehehe ( baiklah..saya mengaku niat sedemikian agak salah oke ) then, kwn enchek Arie kata.. y not go to Medan Mara KL? ramai yg dh pegi sana... wah2 tamo...saya sgt tamo... kwsn itu kan bersebelahan ngan tmpt yg agak HOT? hohoho yg saya maksudkan ialah hot utk membeli belah. Cth utama : Sogo.. tkpun Jln TAR..adeh..potensi yg sgt besar utk membuatkan isi wallet ilang dgn tetiba. Lagipun...nk parking mana? mahal woo parking sepanjang hari.. jadi kami pun memilih tempat ini kerana kemudahan2 yg agak menarik.

So peeps, anyone wanna go together? Jom!

Thursday, January 21, 2010

Colours?

Dear Diary.. (*Eh? betulka nama encik diary ni?)

Mohon ampun dan mahap bebanyak laa enchek blog kesayangan saya.... sesungguhnya saya ini agak rabun dlm bidang IT jadi tk dapatla saya menghias enchek blog dgn jayanya... apapun... saya akan berusaha utk selalu mengisi kamu dgn info2 yg berguna (eheheh tp selalunya mestila info yg agak merepek)

Apapun...marila sama2 kita berkongsi kemusykilan saya yg terbaru : Warna Tema



Patutkah memilih yg ini?

 

Atau yg ini??

Emmm...apa? Dua2 pun xmenarik?? Alahai...saya tlh menjangkakan ini... jd dgn itu... saya mohon jasa baik kengkawan yg ada membaca tulisan saya (huhu sekiranya ada)  utk memberi cadangan yg plg bernas hahaha

Who knows peeps...maybe ur idea will be my perfect wdg theme... I'm waiting!


Wednesday, January 13, 2010

Kacau bilau


Up until today...felt like I wanna write about millions thing happened to me as day goes by... tp semua mcm kacau bilau ja.. undescribeable.. some people said... it's normal to feel like this nearer to any remarkable event / day in ur life...but says who? I don't think it's acceptable. OR... maybe I have to cut down my caffeine intake (huhu thanks to Encik Nescafe teman setiaku!) to reduce stress level hahaha ~ merepek panjang gila kan ~

Last weekend I went to Semua House...and I bought few things yg entah useful or not for my lil project.. these are the items :



Dah boleh agak kan? emmm...ya, buat gubahan hantaran...hahaha konon! Ini sebenarnya misi memuaskan hati sendiri...dan memujuk poket yg tk berapa berisi....survey sana sini for price comparison...rasanya mcm lebih baikla buat sendiri...( macamla reti kan?) apa salahnya mencuba... wish me luck! InsyaAllah kalau menjadi...I'll paste the pic here...

Owh...berbalik pd tajuk kacau bilau di atas...itu sebenarnya represent my heart & feeling rite now. What a mess inside there...hopefully...everything gonna be ok.. doakan semuanya baik-baik saja ya?

Thursday, January 07, 2010

I need strength...

I've been reading...reading & reading a lot lately... and suddenly rasa agak panik mengenangkan diri yg seperti tak mempunyai apa2 persediaan pun untuk minggu depan.  I think I really should have start doing something to be a lot more prepared than usual.. ~sigh~ I feel sooo sorry for my self now. 

So, I decided to start on drafting a checklist...dan berusaha memotivasikan diri untuk menyiapkan segala yg patut. Tapi my biggest fear now is : SEMPAT tak? These are the checklist for 12 - 6 months before:

1. Tentukan lingkungan bajet yg dipersetujui utk pernikahan.
2. Tentukan tarikh pernikahan / resepsi yg dipersetujui oleh kedua belah pihak
3. Tentukan jenis keraian yang ingin direncanakan, sama ada secara formal atau tidak beserta temanya sekali
4. Memilih petugas2 bg menyelaraskan majlis
5. Mulai mencari set busana pengantin
6. Risik mana2 jurugambar serta pastikan anda melihat portfolio mereka terlebih dahulu - DONE!
7. Mulai mencari beberapa kedai pembuat kad undangan (ditempah 3-4 bulan sebelum)
8. Selidiki katerer2 yg menepati ciri2 yg dikehendaki
9. Mencari beberapa jurusolek dan berbincang berkenaan jenis solekan yg bersesuaian dgn anda
10. Mulai merencana bulan madu, mulai dgn semakan di laman2 internet, media cetak mahupun agensi pelancongan.
11. Sediakan penginapan buat tetamu / saudara yg datang dari luar  daerah.

 Dengan adanya checklist ini...haruslah difikirkan tentang bajetnya pulak kan? Camana nak memastikan duit takkan dibelanjakan dgn penuh tidak berdisiplin? Haih....

Monday, January 04, 2010

Tak sedar masa berlalu

Sila abaikan...blur... fuh! sepatutnya....aku dh mula rasa risau ye tak? Tgk kt ticker tu... hah? less than 2 weeks lg nk tunang emmm...mcm mana...kt mana nk mula pun tk tau hehhe...ok...kita start ngan cita2... ahahaha!

Friday, January 01, 2010

:: IT'S 2010!!! ::

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT & warmest greetings to all! Definitely..it's gonna be a wonderful, amazing & excited years ahead...coz it's the wedding bell call (at last) for me!
After adjusting myself nicely to bloghopping routine...I decided to start my own. Thanks to my Mr. Arie hehehe he told me he would love to see me blogging bout our two biggest mission to accomplished this year... OUR ENGAGEMENT & WEDDING!
So sit back..relax..and enjoy the journey together with us...and do not forget to wish us luck, strength, courage & tons of LOVE...
XOXO