Thursday, January 28, 2010

Jodoh yg drpd ALLAH SWT

Meminjam dialog Atuk Syuhadah dlm filem Syurga Cinta : (bunyi seruling mendayu2 sbg background music..)

"Jodoh terbahagi kepada 3...
1- Jodoh yang datangnya daripada Syaitan, iaitu kamu jumpa Syuhadah, kalian berpegangan tangan dan kemudian melakukan maksiat. Syuhadah mengandung, barulah kamu bernikah.
2- Jodoh yang datang daripada Jin. Kamu sukakan Syuhadah, Syuhadah tak sukakan kamu. Kamu bomohkan Syuhadah sampailah dia jatuh hati pada kamu, kemudian kamu bernikah.
3 - Jodoh yang datang daripada Allah. Kamu pandang tepat ke matanya, lalu menusuk terus ke kalbu. Kamu pinang dia dan bernikah. Itulah yang dipanggil SYURGA CINTA..."

Masa menonton filem ni dulu..saya sempat berangan utk berada d tempat Syuhadah... sudah tentu ada sebabnya ( yg cuma enchek arie & saya mengetahui )... betapa pada masa itu cuma Allah SWT tmpt saya mengadu & berharap.... tp segalanya tlh dpt saya lalui dgn tabah.. dan Allah tlh membayar harga kesabaran saya itu dgn sebesar2 hadiah iaitu ENCHEK ARIE saya - Alhamdulillah.

 Dan kerna itu juga... saya berazam untuk brada pd peringkat isteri yg terbaik padanya nanti.
(Terima kasih ya pd tuan tanah blog yg sudi bg org lain copy & paste info berguna ini)



1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa. (Sila maklum saya ini biasa2 saja)


2. Isteri Muqarrobin ( Mungkin cuma tahap ini yg tercapai huhu)

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.

Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak.

Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, 
menjadikan kita saling mencintai karena Dia;

sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:


"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
 



No comments: