Wednesday, July 27, 2011

Monday, July 18, 2011

Hutang Suami Kepada Isteri

Terlalu besar tanggungjawab sebuah rumah tangga. Artikel dari web iluvislam hari ini agak menyentuh hati. Dugaan kehidupan dunia moden, entah berapa ramai daripada kita yang berjaya mengharunginya.

Copy paste dari artikel sebenar tulisan Zarliza Ramli;


Setelah beberapa tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan berkongsi ilmu dalam beberapa 'ceramah', isu yang selalunya timbul apabila membicarakan tentang poligami adalah isu mengenai nafkah .
Dalam sebuah kuliah yang saya hadiri, ada seorang muslimat bertanya, "Puan,boleh tak kita mencuri duit dari poket suami untuk kegunaan keperluan rumahtangga?".
Walaupun saya pasti majoriti anda sudah maklum akan jawapannya, disini saya sekadar ingin bertanya pihak suami, "Kenapa harus isteri mencuri haknya sendiri yang tidak kamu tunaikan?".
Dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: "Saya datang kepada Rasulullah S.A.W lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami?" Sabdanya: "Berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)
Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawabmemberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya si suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini si isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah S.A.W: 
Dari Aisyah r.a berkata: Sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya". Lalu Baginda bersabda: "Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar". (H.R Bukhari dan Muslim.

 *Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;

i. Makanan.
ii. Bahan-bahan keperluan dapur seperti rempah-ratus (bawang, beras/tepung, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu rumah bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan ( sabun, syampu, dan lain-lain )
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas bilik  tidur dan sebagainya
vii. Tempat tinggal (rumah).
(An-Nawawi: 450-461)
Nafkah suami terhadap isteri yang tidak terlangsai itu akan tetap dikira sebagai hutang sekiranya isterinya tidak redha.
Mengikut Hukum Syara'  isteri yang taat dan tidak disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah berhak mendapat nafkah daripada suaminya.
*Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah suaminya iaitu antara lain;

a) Apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya.
b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.K
Kepada para isteri, andai isteri-isteri semua redha tidak diberikan nafkah tersebut oleh si suami, maka terlepaslah hukuman untuk suami-suami anda di akhirat. Tetapi andai isteri tidak redha, persoalan nafkah ini akan tetap dibangkitkan kembali ketika hari penghisaban diakhirat kelak.
Kepada para suami sekiranya nafkah si isteri tersebut sengaja diabaikan, bawalah bertaubat dan langsaikanlah semula hak-hak si isteri mengikut kemampuan anda. Sudah tentu anda tidak mahu disekat daripada menjejakkan kaki ke syurga semata-mata kerana hutang anda yang tidak terlangsai kepada si isteri.
Wallahualam.
{Sumber

Friday, July 15, 2011

Zam Zam Restaurant, Shah Alam

Malam semalam merupakan edisi Jalan2 cari makan - mode suami isteri yg kebosanan dgn masakan sendiri hehe

Destinasi adalah Shah Alam, disebabkan ada urusan tak rasmi kt Sek. 8 td, kami pun terus ronda2 kwsn sekitar cari restoran. Misi adalah makanan bkn ruji (apakah ayat ini), ceh.

Sampai ke area blkg Plaza Masalam, nampaknya ada byk tempat makan. Terus teruja nak try Arabic Food. Kami pun apalagi, terjah restoran ini :)






Interior punya ambience quiet nice, ok la. Nampak brwarna-warni dan selesa, tapi mungkin sebab tak ramai org masa ni. Tak tau la pulak mcmmana keadaannya bila penuh.




Arghh tk reti la pulak adjust gambar kt bloggeroid ni, eh nanti layan gambar kemudian la. Cuma nk bgtau, overall experience boleh tahan la. Food portion agak kurang brbanding restoran Arab yg kt USJ Subang, price pun consider average la. Emm bolehla utk kami yg nkkan kelainan sekali sekala ni, tp abis licin mknan yg kami order hahaha sbb dua org ni laaaapar sgt :)

Kami order Lamb Mandy ngan Lamb Kabsa, minum Jus Oren ngan Jus Tembikai. Other Half komen rasa kambing yg nyum2 t u mmg kena dgn tekak dia. Lembut & tk berbau, eh mau mntak resepi la Chef, boleh? Haha

Ada pillar kat tgh2 restoran, nmpknya mcm ada area utk buffet jgak. Tapi mmg restoran ni ada cater utk event/function. So sesapa yg duk area sini, next time maybe leh consider k. Ceh promote la pulak.

Okayla, layan gambar yg tk seberapa. Sekian laporan makan2. Next time kita siarkn aktiviti lain pulak. Wassalam.

Pesanan penaja:
Gambar yg last sekali tu saja tempek muka bahagia Other Half yg puas hati dpt mkn lamb pastu dpt relax pulak kt massage chair











posted from Bloggeroid