Friday, November 12, 2010

Yang miskin kena berusaha lebih : Yang kaya akan bertambah kaya

Bank Dunia mengesahkan bahawa Sabah merupakan negeri terMISKIN di Malaysia? 


Negeri di Bawah Bayu.

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri MERDEKA.

Ya, Sabah ini tanah merdeka. Kemajuan ada di sana-sini, cuma mungkin tidak tahu dimana silapnya, tidak semua orang dapat menikmati kesenangan hidup dinegeri ini. Bagi mereka yang membesar dengan seribu suka duka, perit jerih sebuah pekan kecil di ceruk negeri ini, mereka tidaklah begitu melatah melihat segala macam ujian yang dihadapkan kepada mereka. Sentiasa sedar diri, tahu menyanggah bumi yang bersama dipijak, udara yang bersama dikongsi. Tidak ada susah yg terlalu susah, dan tidak ada senang yg terlalu menyenangkan. Ada baiknya semua itu dinikmati dengan penuh  bersederhana sahaja.

Kenangan, zaman kanak-kanak hinggalah meningkat remaja dulu...semua itu lebih mahal daripada emas permata.

Berapa ramai yang pernah berlari diatas jambatan yang menyambungkan rumah-rumah di atas air?


Bersekolah disebuah sekolah berasrama penuh yang tidak mempunyai bekalan air paip? ( Ya, masa itu kami bergantung sepenuhnya pada air tangki / air hujan )

Berjalan kaki lebih dari 1Km ke jalan utama , menunggu van kecil untuk ke pekan?

Ramai yang pernah.

Cuma tidak ramai yang menghargai pengalaman itu.

No comments: